Nisfu Syaaban (
Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa
hari ke-15 dalam bulan
Syaaban tahun
Hijrah.
Umat
Islam
mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh
Malaikat
untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Pengertian am Nisfu Syaaban dalam
bahasa
Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan
Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya
14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat
selepas malam
Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a.
meriwayatkan bahawa Nabi

tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang
tersebut dalam sebuah
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
| “ |
Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan
bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah
wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku
dengar Baginda berkata dalam sujudnya,
“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan
aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung
kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu
seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada
Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam
Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar,
memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf
dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap
orang-orang yang dengki.”
|
” |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang
Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
akan bermula sebaik sahaja masuk waktu
Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada
14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan
umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam
kerana
tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
0 komentar:
Posting Komentar